Sunday, May 30, 2010

FOKUS KARANGAN UPSR 1

KARANGAN SPOT UPSR TAHUN 2010

Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia. Bincangkan

Kehidupan manusia memang banyak dipengaruhi oleh sains dan teknologi. Lihat sahaja ciptaan seperti kereta, rumah dan komputer yang begitu lumrah dalam kehidupan manusia kini. Jadi, memang banyak sumbangan yang wujud.

Kewujudan teknologi dan sains telah menyebabkan banyak kerja manusia menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan. Bayangkan kerja mengemas rumah tanpa alat pembersih habuk atau mesin pembasuh pakaian yang menyenangkan kerja membasuh baju kita. Kerja mengemas yang mudah ini menjadikan kehidupan manusia lebih produktif.

Selain itu, teknologi dan sains juga mampu menjimatkan masa perjalanan seseorang dengan terciptalah system pengangkutan moden. Manusia boleh bergerak ke satu tempat yang lain dengan mudah melalui kereta, kapal terbang dan kapal laut serta kereta api. Kalau dahulu perjalanan memakan masa sebulan atau setahun kini perjalanan itu hanya memerlukan beberapa jam atau minit sahaja.

Malahan, manusia juga memperoleh banyak ilmu pengetahuan menerusi teknologi dan sains ini. Kini sudah wujud buku secara elektronik dan internet pula memudahkan manusia untuk memperoleh pelbagai informasi dengan hanya menekan papan kekunci komputer mereka sahaja. Manusia menjadi semakin mengetahui keadaan sekeliling mereka dengan kemunculan teknologi dan sains ini.

Sebenarnya, semua hasil ciptaan sains dan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih selesa. Kalau dahulu manusia terpaksa bekerja keras untuk melakukan sesuatu kini sudah berubah. Hasil teknologi dan sains menjadikan wujudnya pelbagai peralatan yang menjadikan manusia lebih baik kehidupannya.

Kesimpulannya, teknologi dan sains memang memberi sumbangan yang ketara terhadap kehidupan kita semua. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa keburukan tetapi semua kesan buruk itu ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri. Oleh itu, kita harus menghargai semua ciptaan sains dan teknologi ini.

Friday, December 25, 2009

Karangan UPSR: Cara-cara Penjagaan Kesihatan Diri

Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.
Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.


Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.

Thursday, December 3, 2009

Tips UPSR Kertas Dua Bahagian C

Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C

Pengenalan

Calon diminta untuk membuat rumusan berdasarkan bahan yang diberikan dalam bahagian ini. Calon ada diberikan rangsangan atau situasi dalam bentuk petikan, puisi, rencana dan sebagainya. Calon diminta untuk membuat rumusan dalam lingkungan 50 perkataan.

Perkara yang perlu dicari daripada petikan ialah seperti Nilai Murni, Amalan Baik, Faedah dan juga Pengajaran daripada rangsangan atau situasi yang diberikan tadi.


Langkah-langkah yang dicadangkan ialah:


1. Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan

- Baca soalan dengan teliti dan fahami arahannya.

- Arahan meminta anda menulis beberapa nilai atau pengajaran

berdasarkan petikan yang diberi.

- Jawapan itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.


2. Mencatat nilai murni atau pengajaran

- Baca dan fahami kandungan petikan.

- Catat seberapa banyak nilai murni / pengajaran yang terdapat dalam

petikan.

- Dicadangkan anda mencari dan mencatat sekurang-kurangnya lima nilai

murni / pengajaran.

- Masa yang dicadangkan untuk mencari dan mencatat nilai murni ini

sekitar lima minit.


3. Menulis ayat lengkap

- Berdasarkan nilai murni / pengajaran, tulis dan nyatakan keterangan lanjut

tentang nilai murni / pengajaran dengan menggunakan ayat sendiri.

- Sebaiknya setiap nilai murni / pengajaran itu disertakan contoh.

- Hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

- Masa yang dicadangkan untuk mengarang ialah 10 minit.


4. Menyemak

- Setelah siap, baca dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan mengikut strukturnya.

- Semak juga aspek tatabahasanya.

- Masa yang dicadangkan untuk menyemak ialah 5 minit.


Panduan Menjawab Bahagian C


- Baca arahan dan petikan yang diberi dengan teliti

- Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan nilai murni, amalan baik, faedah atau pengajaran.

- Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan membefri contoh ayat yang terdapat dalam petikan.

- Tulis pengajaran atau rumusan tentang petikan.

- Semak semula dengan teliti untuk memastikan tiada kesalahan ejaan,

tanda baca, struktur ayat dan imbuhan yang digunakan.


Contoh Soalan dan jawapan:

Latihan 1: Baca arahan dan soalan dengan teliti.

Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg. Kakaknya berkata, “Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”

Liza merupakan anak yang suka menolong ibu dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya mencuci kereta.

Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.

Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.


LANGKAH 2:

Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan amalan

baik, nilai murni , faedah atau pengajaran.

Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku (kerajinan) barunya dari beg. Kakaknya berkata, “ Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”(berdikari)

Liza merupakan anak yang suka menolong ibu (tolong-menolong) dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya (tolong-menolong) mencuci kereta.

Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri.(kebersihan fizikal dan mental) Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin) dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.

Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah (bekerjasama) dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.


LANGKAH 3:

Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan memberi contoh ayat

yang terdapat di dalam petikan

- Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg (kerajinan)

- Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini (berdikari)

- Suka menolong ibu. membantu ayahnya mencuci kereta (tolong-

menolong)

- Menjaga kebersihan diri (kebersihan fizikal)

- Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin)

- Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah

(bekerjasama)


LANGKAH 4:

Tulis semula maklumat yang disusun dalam bentuk perenggan

Liza seorang budak yang baik. Sikapnya yang rajin menolong ahli keluarganya patut kita contohi. Dia juga sentiasa berdikari kerana tidak mengharapkan bantuan daripada orang lain, malah dia sendiri yang melakukannya. Banyak kerja rumah yang telah dilakukannya tanpa suruhan sesiapa. Dia juga tidak suka pada keadaan yang kotor dan tidak teratur. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Dia mengemas bilik tidurnya dengan rapi apabila bangun dari tidur. Rambutnya diikat kemas dan kukunya yang dipotong rapi menunjukkan dia seorang yang berdisiplin. Pada hari minggu, Liza dan keluarganya bekerjasama membersihkan rumah. Rumah mereka yang sentiasa bersih dan ceria membuatkan jiran-jirannya menyukai mereka sekeluarga.


Tafsiran Nilai Murni:

BAIK HATI

- Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain)

- Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila

membuat sesuatu tindakan)

- Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang

memerlukannya)

- Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta

memahami perasaan dan keperluan masing-masing)

- Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)


BERDIKARI

- Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa

mengharapkan orang lain)

- Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup

mencuba)


HEMAH TINGGI

- Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan)

- Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta

sanggup menerima nasihat)

- Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang)


HORMAT-MENGHORMATI

- Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa)

- Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin

(menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi

layanan yang baik)

- Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan

serta lambang-lambang kebesaran negeri)

- Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati

kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia)

- Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah

ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada)

- Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa

dengan berfaedah)


KASIH SAYANG

- Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain)

- Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan

fauna untuk kesejahteraan hidup)


KEADILAN

- Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian)

- Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama

ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)


KEBEBASAN

- Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan

undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti,

masyarakat, negara dan agama


KEBERANIAN

- Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan

mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko

yang akan dihadapi)

- Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui

sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)


KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL

- Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu

untuk hidup sihat)

- Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan

bebas daripada kekotoran dan pencemaran)

- Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu

diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)


KEJUJURAN

- Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan

dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain)

- Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah

atau berselindung)

- Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)


KERAJINAN

- Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan

inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti)

- Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara

yang berfaedah)


KERJASAMA

- Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan

sukarela)

- Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan

berlakunya perselisihan)

- Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,

masyarakat, negara dan antarabangsa)


KESEDERHANAAN

- Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang

tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan

kemarahan orang lain)

- Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan

orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri

sendiri dan orang lain)


KESYUKURAN

- Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan

penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian)


PATRIOTISME

- Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga

keselamatan, nama baik negara)


RASIONAL

- Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu

perkara sebelum membuat keputusan)


SEMANGAT BERMASYARAKAT

- Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu

pekerjaan bagi kepentingan bersama)

- Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama

dengan jiran tetangga)

- Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah

masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)

Tips UPSR Kertas Dua Bahagian A

Panduan Menjawab (Mentafsir Bahan Grafik)

1.0 Pengenalan

Hanya satu soalan bergambar / ilustrasi dikemukakan. Bagi menjawab soalan ini, dicadangkan langkah-langkah berikut:


1.1 Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan

- Baca soalan dan fahami arahannya.

- Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkan situasi atau keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang diberi.


1.2 Memahami / meneliti situasi atau keadaan

- Sama ada bahan ilustrasi itu gambar tunggal atau bersiri, anda perlu melihat dan memastikan perkara / situasi / keadaan yang terdapat dalam gambar / ilustrasi.

- Catat perkara itu berdasarkan yang tersurat / nyata atau dilihat.

- Masa yang dicadangkan untuk memahami situasi gambar ialah 3 minit.


1.3 Menulis ayat yang lengkap

- Ayat yang ditulis hendaklah lengkap.

- Satu perkara / keadaan / aktiviti ditulis dalam satu ayat.

- Masa yang dicadangkan untuk menulis ayat ialah 5 minit.


1.4 Menyemak

- Semak, sama ada ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan perkara/keadaan / aktiviti yang terdapat dalam gambar / ilustrasi.

- Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur, selain ejaan, tanda baca dan pemilihan kata yang betul.

- Masa yang dicadangkan bagi menyemak ialah 2 minit.


2.0 Panduan Umum Menjawab Soalan


2.1 Teliti Bahan

- Teliti gambar yang terdapat dalam soalan

- Kenal pasti tema / tajuk yang diberi

- Kesan aktiviti / perlakuan yang terdapat dalam soalan

- Tulis aktiviti- aktiviti yang ada pada gambar


2.2 Membina Ayat

- Bina lima ayat (nomborkan 1-5).

- Bina ayat-ayat tentang maklumat tersurat.

- Membina ayat-ayat tersirat sebagai pelengkap atau ayat utama.

- Kelima-lima ayat anda berdasarkan kepada maklumat yang ada pada bahan grafik.

- Boleh menamakan watak.

- Susun ayat mengikut keutamaan isi.


2.3 Struktur Ayat

- Ayat yang jelas menggambarkan maklumat yang hendak disampaikan.

- Ayat yang dibina hendaklah ayat yang gramatis.

- Membina ayat tunggal atau ayat majmuk.

- Ayat anda berdasarkan kepada maklumat tersurat sahaja.

- Ayat daripada isi tersirat mesti ada pertautan dengan bahan grafik


2.4 Menyemak Semula

- Semak dengan membaca semula ayat.

- Tulisan anda hendaklah jelas dan kemas.


2.5 Teknik Semasa Menjawab Bahan Grafik

- Kenal pasti kata kerja & kata adjektif dalam gambar.

- Tulis kata kerja & kata adjektif dalam gambar. (Kertas soalan)

- Menulis sebanyak mungkin kata kerja & kata adjektif


2.6 Isi Tersurat dan Isi Tersirat

- Perkara-perkara atau aktiviti yang terdapat atau yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar dikenali sebagai maklumat tersurat.

- Idea-idea yang berkaitan atau yang boleh dikaitkan dengan gambar dikenali sebagai maklumat tersirat.

STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Pendahuluan

Manusia mempunyai keupayaan untuk mengingat yang agak terbatas. Tidak semua perkara yang memasuki ingatan kita kekal dalam ingatan. Akan tetapi, manusia boleh meningkatkan kemahiran mereka untuk mengingat melalui latihan dan cara yang sistematik. Berikut disenaraikan cara dan strategi cara dan strategi yang boleh dicuba untuk meningkatkan daya ingatan.

•Minat terhadap apa yang dipelajari.

Ini adalah syarat yang pertama. Kita tidak boleh memaksa otak untuk mengingat sesuatu yang tidak diminati. Proses mengingat akan lebih licin jika anda memang meminati apa-apa yang telah dipelajari.


Belajar dengan tujuan untuk mengingat.


Belajar dengan tujuan mengingat lebih baik daripada belajar sekadar untuk faham. Oleh itu, apabila anda belajar, dari awal-awal lagi anda sudah bersedia untuk mengingati apa yang dipelajari. Dengan ini, anda akan mengingat secara spontan. Sebaik sahaja sesuatu maklumat diterima oleh deria anda dan kemudian disalurkan ke otak, secara automatik anda akan dapat mengingati kerana tujuan dan matlamat anda begitu jelas.

•Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar.

Sama ada anda sedang mendengar guru mengajar atau anda sedang membaca, tumpuan yang tidak berbelah bahagi adalah amat penting. Daya ingatan berkait rapat dengan daya tumpuan. Semakin banyak tumpuan diberikan, semakin kuat daya ingatan anda. Ingatan mesti disengajakan dengan cara memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang diajar atau disampaikan oleh guru.

•Fahami dahulu sebelum mengingat.

Anda perlu faham maklumat atau fakta yang akan diingati untuk memudahkan maklumat tersebut di simpan dalam ingatan.

•Menyusun ingatan secara logik.

Lebih mudah untuk mengingat sesuatu fakta, maklumat atau perkara jika dinyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mudah kika satu-satu fakta itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain.

•Mengingati fakta dalam satu rangkaian.

Biasanya adalah lebih mudah untuk mengingat sesuatu fakta, maklumat atau perkara jika di-nyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mudah jika satu-satu fakta itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain.

•Latih tubi dan ulang berkali-kali.

Ingatan anda menjadi kukuh jika maklumat yang ingin diingati selalu diulang-ulang. Latih tubi dan ulangan akan mempercepatkan lagi proses ingatan.

•Menilai kembali apa yang dipelajari.

Anda perlu menguji kembali ingatan dan kefahaman anda terhadap maklumat yang dipelajari. Cara yang berkesan ialah dengan menggunakan kaedah perbandingan dan perbezaan. Anda perlu membezakan maklumat yang betul dengan yang salah. Anda boleh menggunakan soalan-soalan seperti soalan objektif untuk menguji ketajaman ingatan anda.

•Mengguna dan mencuba apa yang dipelajari.

Anda akan lebih mudah mengingat pelajaran sekiranya anda sendiri mengamalkan apa yang dipe-lajari. Oleh itu, anda perlulah :

•Hubungkan pelajaran dengan perkara yang sudah diketahui.

Contohnya, mengingatkan nombor telefon yang diberi dengan mengaitkan dengan fakta yang diketahui.

Nombor telefon : 5776242

Boleh dipecahkan kepada : 57-76-242

Boleh diingat sebagai : Tahun kemerdekaan Malaysia (57)

Umur nenek (76)

Nombor rumah (242)

Susun huruf-huruf tajuk sehingga dapat dijadikan perkataan atau bunyi yang senang dikenali.

Atau ambil dua huruf awal setiap perkataan dan mengingatkan fakta.

•Kaedah-kaedah lain :

i. Mnemonik (menyusun semula apa yang dipelajari dalam bentuk mudah diingat dengan menggunakan kreativiti tersendiri.

Contohnya untuk menghafal nama-nama bandar seperti : Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta, Manila, Singapura.

Boleh diingat dengan mencipta ayat seperti berikut : Kalau Basi Jangan Makan, Sakit!

ii. Akronim (membuat kependekan kepada suatu senarai maklumat yang perlu diingati.

Kependekan seperti nama jabatan kerajaan seperti INTAN, KEJORA dan sebagainya.



Rumusan


Kepintaran semulajadi sahaja tidak mencukupi untuk menentukan seseorang itu boleh berjaya dalam pelajaran. Kepintaran semulajadi perlu disokong dengan pelbagai kemahiran belajar. Kemahiran-kemahiran belajar bukan sahaja membantu mempertajamkan dan memperkukuhkan kepintaran dan kebolehan semulajadi tetapi lebih daripada itu dapat meletakkan asas belajar dengan bersistem dan dengan itu seluruh sistem pembelajaran akan berjalan dengan lebih lancar dan terarah.



Teguran, ingatan dan tiupan semangat sedemikian sudah tentu membantu pelajar untuk berjaya.


Selamat Berjaya!