Thursday, December 3, 2009

Tips UPSR Kertas Dua Bahagian A

Panduan Menjawab (Mentafsir Bahan Grafik)

1.0 Pengenalan

Hanya satu soalan bergambar / ilustrasi dikemukakan. Bagi menjawab soalan ini, dicadangkan langkah-langkah berikut:


1.1 Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan

- Baca soalan dan fahami arahannya.

- Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkan situasi atau keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang diberi.


1.2 Memahami / meneliti situasi atau keadaan

- Sama ada bahan ilustrasi itu gambar tunggal atau bersiri, anda perlu melihat dan memastikan perkara / situasi / keadaan yang terdapat dalam gambar / ilustrasi.

- Catat perkara itu berdasarkan yang tersurat / nyata atau dilihat.

- Masa yang dicadangkan untuk memahami situasi gambar ialah 3 minit.


1.3 Menulis ayat yang lengkap

- Ayat yang ditulis hendaklah lengkap.

- Satu perkara / keadaan / aktiviti ditulis dalam satu ayat.

- Masa yang dicadangkan untuk menulis ayat ialah 5 minit.


1.4 Menyemak

- Semak, sama ada ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan perkara/keadaan / aktiviti yang terdapat dalam gambar / ilustrasi.

- Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur, selain ejaan, tanda baca dan pemilihan kata yang betul.

- Masa yang dicadangkan bagi menyemak ialah 2 minit.


2.0 Panduan Umum Menjawab Soalan


2.1 Teliti Bahan

- Teliti gambar yang terdapat dalam soalan

- Kenal pasti tema / tajuk yang diberi

- Kesan aktiviti / perlakuan yang terdapat dalam soalan

- Tulis aktiviti- aktiviti yang ada pada gambar


2.2 Membina Ayat

- Bina lima ayat (nomborkan 1-5).

- Bina ayat-ayat tentang maklumat tersurat.

- Membina ayat-ayat tersirat sebagai pelengkap atau ayat utama.

- Kelima-lima ayat anda berdasarkan kepada maklumat yang ada pada bahan grafik.

- Boleh menamakan watak.

- Susun ayat mengikut keutamaan isi.


2.3 Struktur Ayat

- Ayat yang jelas menggambarkan maklumat yang hendak disampaikan.

- Ayat yang dibina hendaklah ayat yang gramatis.

- Membina ayat tunggal atau ayat majmuk.

- Ayat anda berdasarkan kepada maklumat tersurat sahaja.

- Ayat daripada isi tersirat mesti ada pertautan dengan bahan grafik


2.4 Menyemak Semula

- Semak dengan membaca semula ayat.

- Tulisan anda hendaklah jelas dan kemas.


2.5 Teknik Semasa Menjawab Bahan Grafik

- Kenal pasti kata kerja & kata adjektif dalam gambar.

- Tulis kata kerja & kata adjektif dalam gambar. (Kertas soalan)

- Menulis sebanyak mungkin kata kerja & kata adjektif


2.6 Isi Tersurat dan Isi Tersirat

- Perkara-perkara atau aktiviti yang terdapat atau yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar dikenali sebagai maklumat tersurat.

- Idea-idea yang berkaitan atau yang boleh dikaitkan dengan gambar dikenali sebagai maklumat tersirat.

2 comments:

  1. Your Affiliate Profit Machine is waiting -

    And getting it running is as simple as 1-2-3!

    Here's how it all works...

    STEP 1. Choose which affiliate products the system will push
    STEP 2. Add some PUSH BUTTON traffic (this ONLY takes 2 minutes)
    STEP 3. Watch the affiliate system explode your list and sell your affiliate products all on it's own!

    Do you want to start making profits???

    Click here to check it out

    ReplyDelete